Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merupakan sekolah yang dibina oleh Kementerian Pelajaran kepada para penduduk di sekitar Taman Bunga Raya. Sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Taman Bunga Raya, adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1. Pembinaan surau at-taufiq didirikan sama dengan bangunan sekolah serta dibina secara berasingan kira-kira 17 tahun yang lalu. Pembinaan sekolah dan surau ini menelan belanja hampir RM 8 juta, telah siap dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003.
Pengenalan
Surau sekolah merupakan syiar Islam
di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat
solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi
sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang
sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan
dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan
menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.
Rasional
Ø Surau
adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian
Ø Menggerakkan
aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
Ø Pelajar-pelajar
kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan
setiap detik masa ketika berada di surau.
Ø Terdapat
surau yang tidak diurus dengan efisyen dan sistematik sehinggakan ia kelihatan
terbiar, lesu dan tidak terurus.
Ø Penglibatan
warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh.
Visi
Pusat
ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.
Misi
Merealisasikan
fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju
keredhaan Ilahi
MOTTO SKTBR 1
S - SAHSIAH
K - KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI
T - TAQWA DALAM KEHIDUPAN
B - BUDI KESOPANAN DIRI
R - ROHANI DAN JASMANI
1 - SATU MATLAMAT KEREDHAAN ILAHI
ILMU, AMAL, ISTIQAMAH PEMBENTUK AKHLAK MULIA
Objektif
Ø Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti
keagamaan yang menarik dan berkesan.
Ø Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen
dan sistematik.
Ø Memupuk minta dan tabiat murid supaya rajin
berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya.
Ø Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah
Islamiah yang unggul.
Ø Membantu murid menyelesaikan permasalahan
keagamaan dan isu-isu semasa.
Ø Mewujudkan surau mithali yang menekankan
kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.
Piagam Pelanggan
Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :
Ø Pengurusan
yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
Ø Surau
mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
Ø Memastikan
surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
Ø Memastikan
semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
Ø Memaksimumkan
pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ø Menyediakan
kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang
sempurna